Pada 18-19 Feb 2008, USIM telah mengadakan sukan antara fakulti (SUFA). Antara acara yang terlibat iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton dan bowling. Ana turut terlibat juga sukan ini iaitu sepak takraw. Walaupun acara ini kurang mendapat liputan dikalangan wartawan USIM,ana sebagai salah seorang pelajar komunikasi menganbil tanggungjawab ini untuk menyebarkannya.

Pada peringkat kumpulan, kami  dapat menumpaskan pasukan FEM dan  FST dan bergelar juara kumpulan. Pada perlawanan separuh akhir kami berhadapan dengan pasukan dari FPBU dan berjaya memenangi perlawanan tersebut yang dibarisi oleh ana sendiri, Syahmi(Abe), Zulkifli, J King,Cadir, Mohd Zaki, Izwan, Lutfi dan lain-lain(ana dah pun xingat sape lain2 tu).

Manakala pada peringkat akhir, pasukan kami bertemu pasukan FPQS  yang di adakan di Stadium Tertutup Nilai. Keadaan stadium amat gamat sekali dengan sorakan para penyokong pasukan masing-masing. Antara penyokong  kuat pasukan FKP iaiti ustaz Man dan En. Isa yang memberi sokongan yang padu pada pasukan kami. Di akhir perlawanan pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan FPQS. Disini juga disertakan gambar kenangan pasukan kami. Majulah sukan untuk semua (akal yang sihat bermula dari badan yang sihat dan cergas). wassalam…….fkp team   

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

gua n the geng

HIV merupakan salah satu virus yang paling bahaya didunia ini dan hingga kini masih belum ditemui penawarnya. Jadi sebagai manusia biasa yang mepunyai kelemahan,hendaklah berhati-hati dengan virus ini. Antara cara tersebarnya virus ini adalah melalui:

1-melalui perhubungan seks tidak selamat (jika hendak selamat kenalah kawin supaya dapat lakukannya dengan cara halal,selamat dan berkat, jangan lakukan free seks nanti menyesal di kemudian hari….).

2- melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari (kepada sesiapa yang belum pernah mencuba, jangan sesekali untuk melakukannya. tapi kalau nak cuba pergilah jumpa doktor yang bertauliah).

3- melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan (kepada para ibu-ibu atau bakal menjadi ibu, ingatlah orang yang tersayang).

HIV ini hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka,kesan lecetan  atau kudis (berhati-hatilah jika bertemu dengan orang yang kita x kenali dan curigai untuk menjamin keselamatan kita). Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas. Tetapi kita kena ingat jangan menganggap orang yang terkena jankitan virus ini sebagai musuh kita dan terus mengabai kewujudan mereka. Mereka ini hamba ALLAH yang hidup untuk beribadah dan patuh pada Penciptanya. Jadi samalah kita membantu dan meringankan beban yang mereka hadapi dengan memberi sokongan samaada berbentuk wang, semangat, kasih sayang and pertolongan yang diperlukannya supaya mereka dapat menghadapi hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan bersemangat. Semoga kita sama-sama dapat membantu golongan ini dari terus terabai dan dipinggirkan kepada golongan yang dapat bersama-sama membangunkan agama, negara dan bangsa. sekian…….

on this morning i already learn something i don’t know before this.i want give these thankness for journalist students especially dayang, mala, pija, zalifah and else teach me how to create this blog. thank you very much………….

 

November 2009
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 1,175 hits

Archives

Top Clicks

  • None

Recent Comments

Pages

Tags