You are currently browsing the category archive for the 'info' category.

HIV merupakan salah satu virus yang paling bahaya didunia ini dan hingga kini masih belum ditemui penawarnya. Jadi sebagai manusia biasa yang mepunyai kelemahan,hendaklah berhati-hati dengan virus ini. Antara cara tersebarnya virus ini adalah melalui:
1-melalui perhubungan seks tidak selamat (jika hendak selamat kenalah kawin supaya dapat lakukannya dengan cara halal,selamat dan berkat, jangan lakukan free seks nanti menyesal di kemudian hari….).
2- melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari (kepada sesiapa yang belum pernah mencuba, jangan sesekali untuk melakukannya. tapi kalau nak cuba pergilah jumpa doktor yang bertauliah).
3- melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan (kepada para ibu-ibu atau bakal menjadi ibu, ingatlah orang yang tersayang).
HIV ini hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka,kesan lecetanĀ atau kudis (berhati-hatilah jika bertemu dengan orang yang kita x kenali dan curigai untuk menjamin keselamatan kita). Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas. Tetapi kita kena ingat jangan menganggap orang yang terkena jankitan virus ini sebagai musuh kita danĀ terus mengabai kewujudan mereka. Mereka ini hamba ALLAH yang hidup untuk beribadah dan patuh pada Penciptanya. Jadi samalah kita membantu dan meringankan beban yang mereka hadapi dengan memberi sokongan samaada berbentuk wang, semangat, kasih sayang and pertolongan yang diperlukannya supaya mereka dapat menghadapi hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan bersemangat. Semoga kita sama-sama dapat membantu golongan ini dari terus terabai dan dipinggirkan kepada golongan yang dapat bersama-sama membangunkan agama, negara dan bangsa. sekian…….

Recent Comments