You are currently browsing the category archive for the 'berita' category.
Pada 18-19 Feb 2008, USIM telah mengadakan sukan antara fakulti (SUFA). Antara acara yang terlibat iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton dan bowling. Ana turut terlibat juga sukan ini iaitu sepak takraw. Walaupun acara ini kurang mendapat liputan dikalangan wartawan USIM,ana sebagai salah seorang pelajar komunikasi menganbil tanggungjawab ini untuk menyebarkannya.
Pada peringkat kumpulan, kami dapat menumpaskan pasukan FEM dan FST dan bergelar juara kumpulan. Pada perlawanan separuh akhir kami berhadapan dengan pasukan dari FPBU dan berjaya memenangi perlawanan tersebut yang dibarisi oleh ana sendiri, Syahmi(Abe), Zulkifli, J King,Cadir, Mohd Zaki, Izwan, Lutfi dan lain-lain(ana dah pun xingat sape lain2 tu).
Manakala pada peringkat akhir, pasukan kami bertemu pasukan FPQS yang di adakan di Stadium Tertutup Nilai. Keadaan stadium amat gamat sekali dengan sorakan para penyokong pasukan masing-masing. Antara penyokong kuat pasukan FKP iaiti ustaz Man dan En. Isa yang memberi sokongan yang padu pada pasukan kami. Di akhir perlawanan pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan FPQS. Disini juga disertakan gambar kenangan pasukan kami. Majulah sukan untuk semua (akal yang sihat bermula dari badan yang sihat dan cergas). wassalam…….

Recent Comments